I MISS YOU SAYANG [klik sini untuk baca] |
KARINA [klik sini untuk baca] |
KEPERGIAN [klik sini untuk baca] |
tika pena menari
Aku Di Hatimu
Kiera Kamellya terpaksa menerima Badri Hazmi sebagai jodoh pilihan keluarga. Badri umpama bayang-bayang yang sentiasa mengiringi setiap gerak-gerinya. Kiera nekad untuk membuang Si 'Remote Control' itu jauh-jauh. Namun, cinta Badri ibarat Cappucino, meskipun rasanya pahit tetap juga mahu ditelan. Sebelum keduanya disatukan pada hari bahagia mereka, satu peristiwa tidak diduga berlaku. Kiera dipertemukan dengan Zamir Syahran. Sikap acuh tidak acuh dan layanan Zamir sepanjang pertemuan mereka membuatkan Kiera bengang. Setelah kembali ke sisi Badri, ternyata Kiera merindui Zamir. Keadaan ini menjadikan Kiera keliru, antara cinta Badri dan rindunya pada Zamir. Ternyata sukar membuat pilihan sehinggalah Zamir muncul kembali. Bahagia yang datang seketika akhirnya berlalu apabila Kiera terpaksa membayar hutang atas pendustaannya. Zamir pergi dan Badri setia menanti. Siapa pula di hati Kiera?
Hanya Selafaz Rindu
Nia Arisya mengalami trauma besar dalam hidupnya tatkala kehilangan Zarul Firqin di saat keduanya bakal bersatu. Amnesia yang menimpa diri membawanya kepada satu penghidupan baru dan dipertemukan dengan Dierall Qalfee, lelaki yang menjadi penyeri dalam setiap hari yang dilalui. Di saat kedua hati mula menyulam cinta, kemunculan Aiman Haidar mengundang kembali luka silam yang sudah terkubur lama. Namun, tika diri dirundung hiba, Idhwan Akmar muncul tanpa diduga. Si gadis kini menyedari, hanya selafaz rindu mampu memaknakan segalanya. Pada bayangan itulah rindunya berlabuh.
"...rindu ini sering berlabuh pada bayangmu...meski egoku berkata tidak namun sukar kumelupakan cinta yang pernah bertamu...selafaz rindu yang terucap hanya kuzahirkan untukmu yang satu..."
"...cintaku hanya menuntut kebahagiaan buat dirimu..aku rela andai itu takdirnya...".."
"...mengejar sesuatu yang belum pasti...ibarat hati takkan teduh dari kehampaan..."
I MISS YOU SAYANG [klik sini untuk baca] |
KARINA [klik sini untuk baca] |
KEPERGIAN [klik sini untuk baca] |
Assalamualaikum
Pertama, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog yang baru terbina atas nama Eqa Darnestra.
Eqa hanya seorang penulis biasa yang baru bergiat kembali dalam dunia penulisan, blog ini dikhaskan untuk hasil-hasil karya Eqa yang boleh menjadi tatapan anda semua. Semoga Eqa diberi kesempatan dan sokongan daripada anda.
Sila titipkan komen anda dan tinggalkan sebarang jejak selepas membaca hasil-hasil karya Eqa. Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila dan Eqa akan tersangat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.
Wasalam