Karina



Kehidupan ini seakan sunyi. Sepi sekali. Tiada seorang pun yang bisa memahami. Sungguh kuakui kehidupan ini sentiasa dihiasi dengan roda perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cubaan. Malah sentiasa dihiasi dengan teka-teki yang kekadang menggugat kesabaranku. 

Tapi...sampai bila? Sampai bila aku harus menanti? Betapa selama ini aku membesar dengan seribu persoalan. Bahkan, keluhan dan tangisan sudah lali dengan diriku. Aku sedar penantianku ini sia-sia belaka dan tiada ertinya sama sekali. Tapi, keadaanku kini mendesak. Aku kena teruskan juga penantianku ini, walau kusedar tidak akan ada sebarang noktahnya.

Huhhh!!!

"Oppss...!" Mengeluh lagi. Betapa aku bosan dengan keluhan yang penuh dengan penyesalan itu. Aku tidak seharusnya mengeluh bukan?? Sudah ditakdirkan aku begini. Walau apapun yang aku lakukan, pasrah jua yang kena kuhadapi. Aku harus memikul semuanya di pundakku sendiri.

Ahh!! Begitu bodoh dan dungu sekali diriku. Bicara sendiri, tak masuk akal bukan? Emm... Biarkanlah... Tiada sebab untuk aku mempertikaikan soal kewarasan itu. Cuma, aku rasa terdesak dalam menanti sebuah kebahagiaan yang belum kunjung tiba dalam kehidupanku. Akan tetapi, adakah aku mampu untuk terus berdiri dalam menempuhi takdirku yang akan menjelang esok pagi?

"Woi, kenapa dengan kau ni?" Jerkah Danish seraya menghempas bukunya ke meja. Lamunan Karina tiba-tiba terhenti.

"Berangan pulak dia ni..." 

"Astaghfirullahalazim...terkejut aku. Siapa kata aku berangan? Aku berfikirlah!" Agak tinggi nada suara Karina membela diri.

"Kau ni kan, nama aje lembut tapi, kalau dengan aku asyik cari gaduh je... Kau tak kesian ke dengan aku ni Rin?" Soal Danish seakan merajuk.

"Alaa...kau pun sama. Aku je bodoh, boleh tahan dengan panas baran kau tu."

"Kau dah mula mengungkit ye... Kalau kau tak ikhlas kawan dengan aku, kau boleh blah laa, Rin! Aku pun tak kisah kau ada ke tak. Ramai lagi perempuan yang nak berkawan dengan aku."

"Okey...tapi ingat, kau jangan cari aku," Lantas karina bangun lalu meninggalkan Danish yang cukup terkenal dengan sikap panas barannya itu.


*****


"Hai, Rin...kau tak keluar dengan Danish ke? Biasanya time macam ni kau tak ada dalam bilik." Soal Zana, teman sebilik Karina.

"Tak."

"Hmmm...gaduh lagi lah tu. Korang ni kan, pelik lah aku tengok. Kalau kahwin lagi bagus."

"What?! Excuse me, kahwin dengan dia? Tak payahlah."

"Salah ke? Ye lah kan...Danish tu dahlah handsome, pandai... anak datuk pulak tu. Rugi tau kalau kau biar je." Jawab Zana berseloroh.

"Stop talking about him, okay! Apa kata kalau kau temankan aku ke kedai sekarang... lagi berfaedah." Pintas Karina lalu bergegas ke kamar mandi untuk menukar pakaiannya.


*****


Sedang sibuk membeli-belah, Karina terus menoleh ke belakang saat namanya disapa. "Hai, Rin..sorang-sorang aje ke? Danish mana?"

"Eh, Faris.. Aku ingatkan siapa tadi. Aku datang dengan teman sebilik. Kau beli Maggie? Wei, tak baik tau selalu makan Maggie." Seloroh Karina.

"Kalau tak makan Maggie...nak makan apa lagi?"

"Oh, ya... Kau pergi aje lah kat market tu. Melambak-lambak sayur kat situ, kau beli... Kau masaklah." Cadang Karina.

"Aku mana tahu bab masak memasak ni.. setakat masak telur goreng tu, okey lah jugak."

"Tu lah kau...padan muka! Korang lelaki ni kan, mengharap sangat. Bab masak memasak ni bukan perempuan je yang kena buat tau...lelaki pun kena tahu jugak!" Protes Karina dengan panjang lebar.

"Ye lah tu...mulalah kau nak berceramah dengan aku. Dahlah, aku dah kesuntukan masa ni...aku pergi dulu, okey! Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam...hati-hati tau!" laung Karina seraya berlalu ke arah Zana yang tercengang berdekatan dengan kaunter pembayaran.


*****


"Alamak...! Eh, Sufi..kau boleh temankan aku pergi kafeteria sekejap tak? Please..... Aku lupa nak sarapan pagi tadi. Aku lapar lah."

"Sorry lah, Rin...aku tak boleh...aku kena siapkan artikel yang Prof Leo minta tu. Aku kena hantar petang nanti. Sorry, k..." Luah Sufira dalam keadaan serba salah.

"Tak apa lah. Aku faham, aku tak kisah pergi sendiri. Jumpa kau nanti." Karina menjawab lalu menuju ke arah skuternya sebaik sahaj waktu kuliah tamat.

Dia segera bergegas ke kafeteria secepat mungkin, perutnya yang berkeroncong dari tadi perlu diisi dengan segera. Di kafeteria, Karina memilih beberapa jenis lauk. Kemudian, menjamahnya dengan penuh berselera.

"Boleh aku duduk?"

"Duduklah. Err...kau sorang je ke? Mana yang lain?" soal Karina.

"Ye lah..takkan lah nak datang berdua kot. Aku ade makwe ke? Oh, ya! Biasanya kau makan dengan dia kan? Mana dia?"

"Siapa?" Karina tercengang kehairanan.

"Aik, tak tahu ke? Atau pura-pura tak tahu ni...? Siapa lagi, Danish lah! Kan ke dia tu selalu temankan kau makan..." Aju Faris sambil memperbetulkan kedudukan cermin matanya.

"Danish ada hal...biasalah. Emm...kita tak usah cerita pasal dia k...Biarkan dia."

"Okey..okey. Ni korang mesti gaduh lagi kan? Patutlah masa buat latihan semalam, aku tak nampak kau datang dengan Danish. Rupa-rupanya, perang antara kau dengan dia meletus lagi." Gerutu Faris.

"Biasalah, dia tu asyik tahu nak marah orang je. Kau ni kan, macamlah tak kenal perangai dia pulak."

"Kesian kau, Rin..Tak apa, aku kan ada. Biar aku temankan kau, okay?" Soal Faris kepada Karina. Karina tersenyum lalu mengangguk. Agak lama mereka menghabiskan masa berbual-bual di tempat itu.

"Hmm...Faris ni, pandai buat lawak rupanya. Dulu aku tak berapa kenal rapat dengan dia. Tapi, bila dah kenal ni, seronok pulak." Bisik karina dalam hatinya seraya tersenyum.

"Rin, kau tak ada apa-apa hubungan dengan Danish kan? Bukan apa, teruk aku kalau dia nampak aku bebual dengan makwe dia ni nanti." Faris bersuara sambil menundukkan kepalanya sedikit.

"Apalah kau ni Faris...aku dengna dia mana ada apa-apa, we're just friend okay... dahlah, kau jangan cakap yang bukan-bukan."

"Okay lah...petang ni kami ada latihan tau, apa kata kau ikut aku..." Cadang Faris secara tiba-tiba. Karina mengerutkan dahinya seraya memandang Faris yang sedang menanti jawapan darinya.

"Hmm...baiklah, no probelm...macamlah aku ni tak biasa dengan you all."

"Thanks, kau sudi temankan aku." Ucap Faris lalu tersenyum.

"Manisnya senyuman dia... Memang sesuai sangat dengan keadaan dia sekarang ni, 'Top Student' jurusan muzik." Bisik Karina sendiri. 

Karina mengikut faris ke padang Ragbi yang biasa mereka pergi. Karina dapat mengagak, Danish pasti ada. Sudah hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa.

"Dah agak dah..dia pasti ada... Macam mana ni? Nak tegur ke tak? Tak apa lah! Dia pun aku tengok buat dek je. Lantak dialah..." Karina mengomel sendirian. Dari jauh Karina dapat melihat kemesraan Danish dengan seorang perempuan. Dari gaya dan cara mereka yang agak 'over action' itu, Karina dapat menduga perempuan itu adalah teman wanita Danish yang baru.

"Hai Rin..berubah teman nampak...lepas Danish, Faris pulak?" Tegur Rian.

"Faris yang ajak, aku ikut je lah...bukannya salah pun."

"Wei, kalau kau dapat Faris untung tau! Kalau pergi dating, mesti dia akan nyanyikan lagu untuk kau dengan diiringi petikan pulak tu. Tak romantik ke namanya tu?" Sampuk Hafiz dari belakang. Karina ketawa kecil.

"Ada-ada aje kau ni, Fiz...Asyik kenakan orang je. Kau bila lagi?"

"Hmm...belum ada jodoh lagi kot... Ye lah kan, perempuan zaman sekarang ni memilih sangat!" Kritik Hafiz. 

"Memilih? Kenapa pulak?" Soal Karina kehairanan.

"Perempuan zaman sekarang ni cuma pandang materials je. Bagi mereka, cinta diukur dari tebal nipisnya poket, banyak sikitnya harta, tinggi rendahnya pangkat. Kalau tak ada duit, tak ada harta, tak ada pangkat, jangan harap perempuan nak dekat. Tahu nak habiskan harta je." Omel Hafiz dengan nada mendatar.

"Tapi, bukan semua perempuan macam tu, kau jangan salah anggap pulak. Personaliti seseorang bukannya sama tau!" Karina mempertahankan dirinya sebagai perempuan, bukan semua perempuan seperti yang disangkakan oleh si Hafiz.

"Aku tahu. Tapi, tak ramai kan perempuan yang ikhlas...?"

"Huh!! Begitulah nampaknya, kau sabar je lah..." Ucap Karina serba salah.

"Woi, Hafiz! Jomlah...latihan dah nak mula dah tu." Seru Rian dari tepi padang.

"Okey! Hmm...Rin, aku pegi dulu. Seronok dapat berbual dengan kau." Ucap Hafiz lalu berlari-lari anak menuju ke tengah padang.

Karina duduk di suatu sudut yang agak jauh dari padang sambil membaca novel yang baru dibelinya semalam. Khusyuk dia membaca. Sesekali dia akan memerhatikan mereka berlatih. Karina langsung tidak mempedulikan Danish yang tidak jauh darinya.

"Ehem..bila masa pulak kau mula rapat dengan si Faris tu?" Soal Danish secara mengejut.

"Semenjak kenal dengan dia lah. Cun awek baru kau?" Sindir Karina tanpa menoleh walaupun sedikit ke arah suara yang menegurnya.

"Oh...loyar buruk. Awek aku memanglah cun, barulah kena dengan aku ni."

"Let's wait and see...Okey!! Sejauh mana awek tu boleh tahan dengan kau."

"Eh!! Kau cemburu ke?" Soal Danish tidak mahu mengalah.

"Cemburu? Kalau aku cemburu, dah lama dah aku terkam awek kau tu tau...lagipun, aku bukannya untung apa-apa." Karina menjawab tanpa menoleh ke arah Danish yang berada di depannya.

Danish membaling sehelai tuala kecil yang dipegangnya ke sisi Karina.

"Eh, Rin! Berapa kali aku nak bagitahu kau... Kalau bercakap dengan aku, tengok muka aku. Aku buang novel kau tu nanti...apa yang seronok sangat dengan novel tu?!" Danish mula menengking. Karina menahan sabar. Dia memejamkan matanya. Dia menutup novel di tangan lalu memandang tepat ke arah Danish. Danish pula sedang menahan geramnya.

"Huh!! Yang kau ni, marahkan aku tak tentu pasal kenapa? Aku nak tengok muka ke...tak nak ke..suka hati aku lah, tu aku punya pasal! Lebih baik kau suruh awek kau tu, tengok muka kau yang 'handsome' tu. Aku dah selalu tengok muka kau...rasanya tak ada apa-apa kelainan pun." Luah Karina geram.

"Kau ni kan tak habis-habis nak perli aku...aku muak tau. Benci aku tengok muka kau tu. Bukannya cantik sangat pun!" Jawab Danish sambil cuba untuk bersabar.

"Kau muak ke? Kau sedarlah muka aku ni tak secantik awek-awek kau sebelum ni...tapi, yang buat aku pelik, tadi kau kata benci tengok muka aku kan? Kenapa sekarang ni kau masih tercegat kat sini?"

"Karina...kau.." Danish berkata sambil menahan rasa marahnya.

"Dahlah Danish, aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau. Aku datang ni pun, atas ajakan Faris so, tolong jangan ganggu aku boleh tak?" 

"Kau ni kan...tak.." Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya, Karina lantas bersuara.

"Cukuplah tu..aku dah serik dah dengan perangai kau ni. Asyik nak marahkan orang je... kau ingat kau sorang je betul, orang lain salah! Lagipun kau yang datang jumpa aku ni kan...? kau nak salahkan aku pulak?" Karina menghamburkan rasa marahnya kepada Danish.

"Excuse me!" Karina segera berlalu.



*****


"Tunggu la oi!!" Laung Danish dari jauh seraya berlari-lari anak ke arah Karina.

"Huh! Apasal dengan mamat sorang ni? Dah tak ada kerja lain apa? Dia ingat aku nak sangat ke berkawan dengan dia...Setakat anak datuk tu apalah sangat, ingat orang hairan sangatlah kat dia tu. Aku sikit pun tak hairan!!" Omel Karina sendirian sambil tercegat menunggu Danish yang sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"kau ni buang masa aku je lah... Cepatlah oi! Lembab sangatlah kau ni." Laung Karina kepada Danish.

"Huh! Punctual, ngam-ngam pukul 5." Ujar Danish keletihan.

"Ishh! Boleh hilang akal aku kalau kau asyik macma ni..kau tahu tak?" Marah Karina.

"Okey..okey, aku minta maaf pasal kejadian tadi tu. Maafkan aku ye?" Rayu Danish mengharap.

"Tak payah!" Bentak Karina.

"Kenapa kau marah sangat dengan aku ni? Aku kan dah minta maaf tadi." Luah Danish dengan suara yang meninggi, kemarahannya mulai terpancing lagi.

"Dahlah suara tak merdu, ni main bentak-bentak pulak dengan aku apasal?!" Karina menjawab dengan muka selamba dan segera mempercepatkan langkahnya dalam kesamaran wajah yang semacam menahan kemarahan yang membuak-buak. Dalam hati gadis itu sebenarnya tertanam rasa bersalah yang teramat sangat, pantas dia menyembunyikannya dengan amarah.


*****


"Tension nya aku." Luah Karina lalu melabuhkan punggungnya.

"Budak tu lagi?" Zana mengerutkan dahi memerhati gelagat Karina. Dia seakan dapat meneka siapa yang telah mengakibatkan sahabatnya itu begitu.

"Kau tahu tak? Dah banyak kali dah aku bersabar dengan budak tu. Tapi, sekarang ni...aku tak akan biarkan dia pijak kepala aku lagi. Aku tahu ego dia tu tinggi sangat. Tapi, tak apa...aku akan pastikan dia tunduk meminta maaf kat aku." Luah Karina seraya tersenyum meleret.

"Tak baik tau kalau kau berdendam dengan dia. Cermin dulu diri kau tu, jangan nak teruskan dendam kau tu ikut suka hati kau aje." Nasihat Zana kepadanya.

"Aku tahulah tapi...aku cuma nak dia tu sedar diri sikit. Meskipun taraf keluarga dia tu lebih tinggi, dia tak sepatutnya buat sesuatu ikut suka hati dia je..faham??" Karina meluahkan sedikit demi sedikit rasa amarahnya.   Tak apa kali ni biarlah dia bermain dengna egonya tu dulu...biar dia sedar sikit! Karina berbisik dalam hatinya.

"Dahlah tu Rin, nanti kau sendiri yang susah. Aku nasihatkan kau ni sebab tak mahu kau dapat musibah nanti," Nasihat Zana lagi.

"Eh, yang kau tetiba memihak kat dia pulak kenapa? Kau ada hati kat dia tu?" Kata Karina seraya ketawa terbahak-bahak.

"Woi, kau jangan nak kenakan aku pulak. Aku tak memihak kat siapa-siapa pun tapi aku cuma lakukan apa yang patut. Kenapa? Tak boleh ke?" Soal Zana kepada Karina.

"Dahlah. Malas aku nak bertekak dengan kau ni, bukannya ada faedah pun, sakitkan hati aku adalah.." Karina menjawab lalu beredar keluar dari bilik.


Sebatang pena di jemari
Mulai menari-nari
Melahirkan sekalimah puisi
Sekerat kata-kata berapi
Atau
Sejernih nasihat tulus dari hati
Tapi...
Akhirat nanti
Setiap itu dipersoal kembali
Setiap kejahatan dibalas api
Setiap kebaikan..nikmat tak bertepi



"Mengelamun panjang nampak. Fikirkan apa tu?" Soal Zana tiba-tiba.

"Ish, kau ni, aku saja je nak fahami maksud puisi ni."

"Apasal pulak? Ada yang tak kena ke?" Soal Zana lagi bersama wajah kehairanan.

"Bukan apa...aku kan dah buat salah, cuba kau baca bait ni....'Setiap kejahatan dibalas api'.." Aju Karina sambil jari telunjuknya mengarah ke arah ayat-ayat yang tertera di baris kedua terakhir puisi itu.

'Rin! Kau jangan...kau jangan nak buat perangai, buat apa kau nak fikir bukan-bukan. Lagipun, apa salah kau? Setahu aku, kau tak ada buat  salah kat aku kan...?" Soal Zana.

"Ye lah...tapi aku dah buat salah kat Danish, dia dah minta maaf tapi...aku tak maafkan. Aku berdosalah Zana sebab tak maafkan dia." Luah Karina.

"Erm..Tapi, aku rasa ada betulnya juga kau tak maafkan dia." Zana bersuara.

"Apasal pulak?"

"Ye lah, dia tu kan selalu marahkan kau, buli kau...jadi ada baiknya juga kan kalau kau tak maafkan dia, biar dia insaf sikit. Lelaki macam tu, kita kena ajar betul-betul...kalau tak, kita yang perempuan ni lah yan akan menderita..."

"Aik!! Hari tu bukan main lagi kau bela budak tu. Apasal pulak hari ni kau memihak kat aku pulak?" Soal Karina kehairanan.

"Sebab aku rasa tindakan kau tu wajar, tu aje..." Zana menjawab tersipu-sipu.

"Tahu tak apa. Tapi, aku nak jugak jumpa Danish. Aku nak minta maaf kat dia sebab aku takut entah esok lusa ajal kita dah tiba." Luah Karina sayup-sayup.

"Ish, ke situ pula kau ni! Dahlah, jangan fikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku tak sukalah hal-hal macam ni." Protes Zana.

"Kita kan hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kita bukannya dapat ubah takdir kita. Semuanya ditentukan olehNya. Kita cuma perlu berdoa dan berserah pada kehendakNya." Karina mengeluarkan semua yang bermain di fikirannya.

"Baiklah, kalau kau nak jumpa dia sekarang, pergilah... Tadi aku nampak dia ada kat kafeteria."

"Betul ke? Okay." Tutur Karina dengan bersemangat. Di bibirnya juga terukir satu senyuman yang jelas menampakkan raut wajahnya yang cukup manis.


*****


Tiba-tiba kelihatan ramai orang mengerumuni kawasan kafeteria...

"Karina!!!!"

Jerit Zana lalu berkejar ke arah Karina.

"Hidup ini sememangnya suatu pergelutan yang payah keran kita terpaksa berusaha menempuh untuk meloloskan diri dari kepungan-kepungan masalah yang beragam rupa, tapi...adakah ini cara terbaik yang diberikan olehNya untuk kau meloloskan diri dari rasa bersalah yang membelenggu diri kau Rin? Tugas kau pastinya belum selesai, kau belum memaafkan Danish.." Luah Zana tersedu-sedan di tepi katil hospital di mana Karina terlantar koma. 

Dia tidak sanggup melihat sahabat karibnya itu pergi meninggalkannya begitu saja. Dia sedar bahawa ajalitu di tangan Tuhan, tapi...tidakkah kejam sekiranya Karina tidak diberi kesempatan untuk menyelesaikan misi terakhirnya itu?

"Rin...meskipun kau kini dalam keadaan koma, aku harap kau dapat merasa apa yang aku rasa. Kaulah satu-satunya kawan yang paling aku hargai. Tanpa kau, siapa lagi yang nak layan semua bicaraku, Rin...bertahanlah!" Zana memberi kata-kata semangat kepada Karina. Jauh di lubuk hati Zana, dia tahu bahawa Karina bisa mendengar dan memahami kata-katanya itu.

"Aku akan pastikan pesalah yang melanggar kau akan menerima balasan yang setimpal dengan kesalahannya..! Aku pasti akan cari dia..dan kau, Rin...bertahanllah demi aku dan semua orang yang menyayangimu..." Zana membisikkan kata-kata itu ke telinga Karina sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Karina keseorangan di bilik wad.


Ya...Aku pasti kau kenal orang yang membawa celaka kepada aku
Aku pasti kau tahu ! Kerana dia sangat dekat dengan kita selama ni...


Meskipun teriakkan hatinya itu hanya sekelumit cuma tetapi dia masih kuat walaupun jasadnya seakan tiada bergunanya lagi.